SALAM MAULIDURASUL 1433H
06:34 | Author: Salam
Salam buat semua kawan-kawan dan seluruh umat islam sekalian , selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW.Bersamalah kita memahami erti pengorbanan baginda Rasullulah dalam menyebarkan syiar islam.Dibumi Malaysia ini kita merasa bersyukur kerana tuntutan menunaikan ibadat kepada Allah tidak menjadi halangan tidak sebagaimana dinegara lain yg mana kuasa kerajaan dikuasai oleh golongan bukan islam, sudah tentunya amal ibadat umat islam akan terbatas.Oleh itu umat islam dinegara ini perlu mengekalkan kuasa politik melayu islam dinegara ini untuk memastikan kesucian agama islam tidak diganggu gugat.Sesuai dengan tema sambutan Maulidurasul pada tahun ini iaitu 'Kesefahaman' diharapkan seluruh umat islam dinegara ini dapat terus bersatu padu tanpa perpecahan dan mengekalkan persaudaraan sesama islam.Muafakat dan ikatan ukhwah yang kuat akan dapat memastikan kedaulatan agama islam dinegara ini.Selamat menyambut Maulidurasul 1433H.