MESYUARAT CAWANGAN DAN BANGSAKU
06:55 | Author: Salam
Sebagaimana arahan Majlis Tertinggi UMNO menetapkan Mesyuarat Cawangan di adakan pada1 Mei - 15 Jun 2010.Maka dengan itu setiap cawangan mesti mengadakan mesyuarat.Namun kita bersyukur kerana ketua UMNO 4 peringkat di setiap cawangan mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.Sekurang-kurangnya mesyuarat seperti ini menjadi wadah perbincangan terbaik bagi ahli-ahli cawangan menyampaikan pandangan atau merungkaikan sebarang permasalahan.

Didalam parti kita selalu bertemu dengan jagoan yang hanya pandai mengkritik orang lain dengan hebat sekali.Dari soal atap biru, rumah PPRT, bantuan baju sekolah, wang ehsan atau apa-apalah yang berkait dengan bantuan.Melenting marahlah jagoan ini kalau bantuan itu tidak diberi kepada beliau.Memang ini jenis UMNO Murtad atau UMNO Celup yang roh perjuangannya dah jadi nafsu hantu.Ketua UMNO Cawangan atau Pengerusi JKKK kenalah sumpah seranah atau maki hamun dalam mesyuarat UMNO cawangan.Biasanya dalam ucapan penangguhan Ketua UMNO Cawangan kena bedal.Merah berdarah, tercalar balarlah jasad mulia seorang Ketua UMNO Cawangan yang sudah banyak jasanya kepada kemajuan kampung.

Hari ini saya sempat menghadiri dua mesyuarat UMNO cawangan.Dalam fikiran saya sedikit merasa pelik kerana dalam mesyuarat UMNO cawangan perkara yang diusulkan ialah berkisar projek pembangunan kampung, jadi tempat luahan tidak puashati bab bantuan dan jadi gelanggang cari salah orang itu dan ini.Yang cakap pandai tapi otak simpan dalam peti sejuk itu sebenarnya tidak tinggal dalam kampung.Balik semata-mata nak hadiri mesyuarat UMNO Cawangan.Semangat tu kira baguslah tapi kalau hadir hanya untuk memberi masalah kepada perjalanan mesyuarat."Lebih baik mum doksoh balaik awang, wat nyusoh urang kapong jee, urang kapong dok suke mum cakap mecok manah dok reti base gitu"..he he

Yang saya rasa pelik tu, tiada sepatah perkataan pun yang hinggap didaun telinga saya, ada ahli parti membincangkan hal-hal parti , bagaimana mencari kaedah perkuatkan parti,bagaimana nak menambahkan ahli-ahli baru, bagaimana nak buat aktiviti yang boleh memberi impak yang baik kepada parti.TIADA TIADA ku dengari ahli-ahli parti membincangkan soal itu.Dahlah nak tunggu cukup korum , berpeluh ketiak jenuh menunggu.Dalam fikiran saya, rupanya yang ramai mengaku orang UMNO dan yang masuk UMNO ni sebenarnya kerana atap biru, kerana rumah PPRT,kerana bantuan wang ehsan dan macam-macam bantuan lagilah.Persoalan di benak saya..apa akan jadi dengan UMNO jika tanpa bantuan-bantuan ini???Sampai bila kita harus menjadi bangsa subsidi dan bangsa yang harus diberi tongkat.

Saya akui memang tanggungjawab parti dan kerajaan memberi bantuan dan manghulurkan kebajikan kepada rakyat.Tetapi rakyat yang macamana???Apakah rakyat yang dapat rumah PPRT kemudiannya disewakan kepada orang lain atau rakyat yang dapat atap biru kemudian dibuat reban ayam..he he he kelakarlah kalau pesen begini mentaliti ahli UMNO kita.Kelakar-kelakar jugak tapi itu petanda yang tidak baik kepada parti kerana kurangnya ahli yang berkualiti.Jika kita balik kepada sejarah, kita lihat bagaimana pemimpin dahulu dan ahli-ahli parti dahulu berjuang.Sanggup berhabisan duit ringgit, sanggup berhabisan harta emas dan sanggup mengorbankan jasad dan nyawa semata-mata untuk menuntut kemerdekaan dan memperjuangkan bangsa dan negara ini.Sumbangan mereka cukup hebat dan hasil keberkatan perjuangan merekalah maka kita yang ada pada hari ini mendapat semua nikmat itu.Apakah bangsa kita kini bergerak menjadi lebih mundur dari sebelumnya kerana bangsa kita sebelum ini adalah bangsa yang hebat.Pelik tapi ada kebenaranya.Suatu masa dahulu bangsa kita adalah ahli pelayaran yang hebat, bangsa kita mempunyai kuasa menakluk seluruh rumpun melayu bernama kerajaan Malaka, dan bangsa kita merupakan ahli perdagangan.Dulu pasukan bolasepak negara kita cukup hebat di Asia sehingga pernah layak ke olimpik.Hari ini apa jadi???Tak salah kalau saya katakan bangsa kita makin mundur walaupun negara kita makin maju.Kemajuan itu tidak seiring dengan mentaliti bangsa kita yang ingin mendapat sesuatu yang mudah tanpa berusaha.

UMNO perlu memainkan peranan mengubah minda bangsa kita supaya menjadi bangsa yang bijaksana , bangsa yang gigih berusaha untuk maju dan bangsa yang tahu mengambil peluang hasil kemewahan negara kita.Dulu orang-orang cina dan India merupakan kaum merepat di negara mereka dan datang ke Tanah Melayu untuk berkerja sebagai buruh lombong bjih timah dan petani diladang getah.Kita mejadi tawkey dan tuan kepada kaum pencacai ini.Kerana keasyikan terbuai dengan title tuan kepada Tanah Melayu ini, maka kita hanyut dan tertidur.Bila kita tersedar,rupanya bangsa pencacai ini telah meninggalkan kita lebih jauh maju dari kita.Mereka mengusasai ekonomi dan mereka juga menguasai ilmu hasil kerja kuat mereka ketika kita lena tertidur di kerusi malas.Mereka tahu asal usul mereka bangsa pendatang yang tarafnya samalah seperti pada hari ini dengan pendatang indonesia,Bangla atau Myanmmar yang berbondong-bondong datang ke negara kita.

Hari ini bangsa pencacai ini telah sombong dan angkuh.Mereka telah berani mencabar hak-hak istimewa kita orang melayu, mereka biadap kepada raja-raja yang kita sanjung dan sembah sejak berzaman dahulu lagi dan mereka tidak menghormati prinsip perlembagaan yang kita garapkan bersama sebaik sahaja kita bebas merdeka dari penjajahan British.

Melalui mesyuarat cawangan UMNO yang masih berjalan di harap menjadi platform kita merenung dan berbincang bagaimana untuk kita perkukuhkan bangsa kita.Eratkan perpaduan dan kukuhkan muafakat sesama kita dan berjuanglah tanpa melihat kepada imbuhan dan bantuan tetapi perjuangan kita adalah kerana Allah, kerana bangsa, kerana agama, kerana masa depan anak cucu kita.
UMNO JUARA RAKYAT
07:28 | Author: Salam
Program Juara Rakyat bulan NGO dan Swasta telah sempurna diadakan di bandar Al Muktafi Billah Shah.Hasil kesungguhan dan kerjasama padu pemimpin parti dan rakyat jelata di dalam Dun Bukit Besi membuahkan kejayaan program ini.Ini merupakan program paling besar diadakan di Dun Bukit Besi selepas pilihanraya ke 12.Sebelum ini Dun Bukit Besi agak sunyi dari program-program parti.Mungkin disebabkan perang saudara dalam politik UMNO Negeri dan tempiasnya sampai ke Bukit Besi ditambah lagi Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Bukit Besi tidak diketuai oleh YB Adun.Kini semua sudah berubah, kini semuanya sudah reda dan akhirnya pemuafakatan yang erat ini diterjemah malalui semangat kebersamaan yang tinggi dikalangan pendokong dan penyokong parti di tanah Bukit Besi ini.Mungkin tuhan lebih merahmati bumi Bukit Besi ini kerana rakyat jelatanya tahu bersyukur kepada Allah, tahu mengenang jasa dan berterima kasih kepada kerajaan BN.

Program Juara Rakyat yang hostnya UMNO Bahagian Dungun memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada Dun Bukit Besi dibawah pimpinan YB Dato' Din Bin Adam untuk mengelolanya.Bermula pada 13.05.2010 dengan program solat hajat diadakan di Masjid Kg Wa.Pada 14.05.2010 program gotong royong diadakan di setiap kampung dan pelancaran gotong royong diadakan di Bandar Bukit Besi.





Pada sebelah petang acara Futsal anjuran Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi dan bola jaring oleh Penyelaras Pergerakan Puteri UMNO Dun Bukit Besi.Sdr Azhar bin Jambol Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun merasmikan pertandingan Futsal.Beliau sendiri turut bermain menyertai pasukan Penyelaras Pemuda.Manakala Puan Aziahwati Ketua Pergerakan Puteri telah merasmikan pertandingan Bola Jaring.Kedua pertandingan diadakan di padang BALORA bandar Al Mukatfi Billah Shah.



Progaram Juara Rakyat ini dimeriahkan lagi dengan pelancaran penubuhan RELA.Majlis diadakan pada sebelah malam dan disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Haji Din Bin Adam.Turut hadir pada majlis itu ialah pemangku Ketua Pengarah RELA Negeri dan Ketua RELA Daerah.Kepimpinan UMNO Bahagian yang hadir ialah Setiausaha UMNO Bahagian dan AJK UMNO bahagian dalam Dun Bukit Besi.Program diserikan dengan persembahan koir dan persembahan pentas oleh penyanyi era 60-an iaitu L.Ramli , S Mariam dan Habshah.Acara pentas di hoskan oleh Mat Over.






Pada 15.05.2010 pertandingan sukaneka diadakan dan majlis Penutup Juara Rakyat NGO dan Swasta dengan aturcara penyampaian hadiah bagi pemenang Futsal, Bola jaring dan sukaneka.Penyampaian geran tanah dan penyampaian bakul makanan kepada warga miskin.Majlis penutup ini disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Dr Haji Rosli bin Mat Hassan Ketua UMNO Bahgian Dungun mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.








Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana program juara rakyat ini dan terima kasih kepada semua rakyat disegenap cawangan yang memberi kerjasama menjayakan program ini.
POLITIK ATAU PULITIK
06:14 | Author: Salam
Kata pepatah di alam politik "tiada kawan yang kekal dan tiada juga musuh yang kekal".Memang tepat dan benar pepatah itu kerana kawan dan lawan dalam politik akan mencari ruang dan peluang yang sama untuk bersaing antara satu sama lain.Politik itu satu medan perebutan kuasa , pangkat dan kedudukan yang tinggi.Politik juga merupakan satu permainan.Bila sebut permainan ianya perlukan strategi untuk menguasai pentas politik itu.Maka berlakulah tipu helah,putar memutar,fitnah memfitnah, cantas mencantas dan bermacam-macam kaedah dan cara untuk menjadi pemenang dalam perebutan itu.

Kata orang tua-tua " Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak".Begitulah juga di alam politik , jangan bermain politik jika tidak sanggup berhadapan dengan seribu macam dugaan, cabaran dan halangan.Sebagai aktivis politik yang telah melalui pelbagai proses kematangan , apa yang nak dihairankan dengan semua itu.

Cuma saya merasa pelik sedikit apabila ada jenis kawan yang kita bersama siang malam tiba-tiba saja menikam tanpa sempat kita bersedia.Ya lah nama lagi kawan baik , kalau dia bawak parang terselit di pinggang siapa menyangka dia mahu memenggal kepala kita.Mungkin terlintas di hati kita mungkin dia baru balik dari kebun.Tiba-tiba dia hulurkan parang dan menikam ke perut kita.Maka terburailah isi perut kita dengan titisan darah berlumuran.Alang-alang nak menikam biarlah sampai mati tetapi tuhan masih memanjangkan usia.Kata kawan-kawan itulah PULITIK.

Apabila kita kenal hati budi kawan seperti ini , siapa yang sanggup berkawan dengan dia lagi.Semua orang mula menjauhkan diri.Kerana apa? Kerana bimbang manalah tahu dia buat gila lagi , tikam orang itu dan orang ini.Semua orang mula berhati-hati dengan sidia ini, biarlah dia syok sendiri , biarlah dia berlagak sendiri , biarlah dia berangan-angan sendiri.Dia orang yang kemaruk kuasa melebihi dari kuasa ahli Yang Berhormat.Semua orang tunduk hormat pada dia.Pengerusi JKKK ke, Ketua Cawangan ke , APMT ke sila bongkokkan badan kalau nak tumpang lalu.Beradat sopanlah tanda hormat kepada seorang yang hebat dan popular.Kita yang tidak popular ini , duduk jauh-jauh kerana nanti dikatakan cuba menumpang populariti orang.

Itulah hebatnya kuasa politik tapi ingat kawan tuhan lebih berkuasa dari itu.Ingat tak tentera bergajah yang nak runtuhkan ka'abah, tuhan hanya utuskan burung ababil je.Burung yang jauh lebih kecil dari seekur gajah.Kenapa tuhan tidak utuskan binatang yang lebih besar dari gajah.Kerana nak malukan tentera bergajah yang hebat dan gagahnya di dunia ini tetapi dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil dan lemah.

Ingatlah dari mana kita datang dan ingatlah kawan-kawan yang selama ini bersusah payah menaikkan kita di tampuk kuasa.Jangan disampahkan kawan-kawan yang banyak berjasa bukan kepada kita sahaja malah jasa mereka juga kepada parti, agama dan bangsanya.Sekali kita menganiayai dan mengkhianati orang lain apatah lagi orang-orang yang tidak berdosa maka hati kita juga tidak akan tenteram kerana hidup atas kebinasaan orang lain.POLITIK oh PULITIK.
"Formula kita adalah bekerja sebagai satu pasukan jadi tidak ada kelompok dan komplot, bererti kita merancang bukan untuk kalahkan musuh tetapi kalahkan kawan dan itu penyakit yang boleh rebahkan parti"
"LDP di Jepun, baru-baru ini kita dengar pengalaman pemimpin LDP yang ceritakan bahawa parti itu yang seusia Umno rebah di dalam pilihan raya terbaru dan salah satu faktornya adalah terdapat banyak kelompok dan komplot dalam parti sehingga mereka lupa matlamat parti untuk bela rakyat jelata kerana sibuk untuk kalahkan sesama kawan," katanya.

( Petikan ucapan YAB PM ketika berucap di majlis perasmian berkelompok persidangan Umno cawangan-cawangan 2010 di Pekan hari ini).

Merujuk kepada intipati ucapan YAB PM itu merungkai hakikat permasalahan yang melanda kepimpinan UMNO ketika ini.Masalah ini yang dilihat menjadi semakin parah dan membuatkan UMNO itu lemah.Walaupun kepimpinan Tertinggi UMNO yang diterajui oleh YAB PM sendiri telah membuat pelbagai transformasi, namun penyakit ini masih lagi berdarah bernanah didalam urat nadi sebahagian pemimpin UMNO.Apabila berhadapan dengan ahli akar umbi maka berdentam dentumlah suara memekik menyeru ahli bersatu padu, berkerjasama ,jangan berpecah belah dan jagalah parti dengan baik.Tetapi hakikatnya ada pemimpin yang hipokrit , ada pemimpin yang cakap tak serupa bikin , ada pemimpin yang pentingkan kroninya , ada pemimpin yang kenyangkan temboloknya sahaja dan ada pemimpin yang tidak ambil tahu pun perkembangan parti.

Kita marah apabila dikatakan UMNO itu rasuah,pemimpin elit,mempamerkan kekayaan,pemimpin tidak mesra rakyat,metarialistik dan kronisme.Akhirnya UMNO berhadapan dengan masalah persepsi negatif oleh rakyat.Maka timbullah istilah UMNO tidak relevan lagi.Puncanya dari siapa? Apakah puncanya dari ahli dibawah yang namanya Mamat, Said, Minah, Timah yang kerjanya menangkap ikan ,kutip pucuk paku,toreh getah atau jual keropok lekor.Mereka ini setiap tiba pilihanraya keluar mengundi calon pilihan UMNO Barisan Nasional dengan harapan UMNO dapat membela nasib mereka dan anak cucu mereka dengan lebih baik dimasa hadapan.Mereka tidak berselera pun untuk menawarkan diri memegang jawatan dalam parti apatah lagi setiap kali pemilihan membuat bujukan dengan hadiah gula-gula untuk mendapatkan undi.Yang penting bagi mereka ialah periuk nasi mereka berasap.

Maka yang sewajibnya dipersalahkan dan yang semestinya diperbetulkan ialah mereka yang bernama pemimpin atau mereka yang telah dipilih melalui satu proses pemilihan dalam parti atas prinsip demokrasi.Tugas dan tanggungjawab dalam parti harus dipegang atas sifat kebersamaan tidak kira kecil besar pangkat dan jawatan.Kerja parti adalah kerja berterusan yang tidak mengira siang ataupun malam, hari kelmarin hari ini atau hari esuk.Kerja parti tidak sama seperti rutin pekerja pejabat yang jam 8.00 pagi masuk pejabat dan pulang 5.00 petang.Inilah hakikat betapa besarnya tanggungjawab dan betapa beratnya tugas yang dipikul.Namun ramai dikalangan pemimpin yang tidak sedar atau sengaja tidak sedar akan realiti tugas sebagai penggerak parti.Jika mereka sedar sudah tentu mereka hadir mesyuarat ajk bahagian,mereka memberi komitment pada program parti ,mereka akan patuh arahan majlis tertinggi atau Badan Perhubungan.Jika mereka sedar sudah tentu tidak ada seribu alasan itu dan ini.Jika mereka sedar,mungkin tidak ada pemimpin yang akan buat program ceramah di kedai-kedai kopi yang inti ucapan tidak lain dari mengata dan mencari salah orang lain.

Berapa ramaikah lagi pemimpin yang ada roh perjuangan , pemimpin yang berjiwa sukarelawan , yang berkhidmat dengan hati ikhlas,jujur tanpa mengharap apa-apa imbuhan.Tidak dinafikan UMNO mempunyai jasad yang banyak kerana ahlinya ramai , setiap ceruk kampung UMNO mempunyai cawangannya.Apa ada pada jasad jika rohnya mati , jasad yang banyak tiada maknanya.Apa yang membimbangkan ialah semangat sukarelawan yang semakin hilang.Semua khidmat mesti diberi imbuhan dan berbayar.Tidak menjadi salah jika diberi imbuhan atas tugas dan khidmat kepada parti tetapi ianya jadi masalah apabila imbuhan menjadi keutamaan apabila parti memerlukan bantuan dan pertolongan.Akhirnya kewangan akan menjadi satu halangan besar dalam usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti parti.

Mind-set ahli UMNO perlu diubah dengan pendekatan psikologi untuk melahirkan ahli yang berkualiti bukannya kuantiti.Ahli parti yang tahu susur galur perjuangan, yang tahu matlamat dan kenali UMNO.Kita jadi ahli UMNO kerana keyakinan kepada parti keramat ini yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan tanahair.Jangan kita masuk UMNO kerana mengejar projek berjuta, kita masuk UMNO kerana wang ehsan , kita masuk UMNO kerana ingin dapatkan bantuan PPRT, kita masuk UMNO kerana mengejar pangkat dan kuasa kerana ahli parti yang berjiwa begini tidak akan kekal dan akhirnya akan menggadaikan perjuangan parti apabila semua yang dihajati tidak kesampaian.Inilah terjadi pada pilihanraya ke-12 apabila pembangkang menawarkan pakej janji-janji yang mempesonakan maka ramailah yang beralih memberi sokongan kepada pembangkang.Siapa yang memberi kemenangan kepada pembangkang di Pulau Pinang,Selangor,Kedah, Perak dan Kelantan jika tidak dengan bantuan ahli-ahli UMNO sendiri yang berpaling tadah.Saya percaya ahli parti yang lengkap dengan semangat perjuangannya, ahli parti yang ikhlas , setia dan tidak pentingkan diri sendiri tidak akan mengkhianati UMNO.

Pada era 60-an dan 70-an dulu ramai pemimpin UMNO terdiri di kalangan pendidik.Mereka menjadi pemimpin yang memberi kesedaran di kampung-kampung, mereka menjadi penggiat kepada masyarakat dan mereka menjadi sumber pandangan yang menyeru masyarakat untuk berubah.Dalam era hari ini , golongan pendidik dikatakan ramai yang berkiblatkan kepada pembangkang.Mengapa???Kerana mereka tidak diberi peluang lagi untuk berkhidmat kepada parti , mereka menjadi golongan terpinggir dalam organisasi parti.Orang tidak memandang kepada pendidik yang bukan golongan kaya raya , korporat atau jutawan.Jika bertanding jawatan dalam parti mereka tidak berkemampuan untuk membayar duit gula-gula.Bukan sahaja golongan pendidik malahan golongan profesional lain juga makin berkurang untuk terlibat bersama dengan UMNO.Senario ini membimbangkan kerana parti pada satu masa nanti akan mengalami ketandusan pemimpin berkualiti.UMNO memerlukan pemimpin yang ada idea, kreatif dan bijaksana untuk meneruskan perjuangan yang besar ini.Jika jawatan penting dalam UMNO hanya untuk golongan kaya dan berduit maka pudarlah perjuangan ini.UMNO akan menjadi parti korporat, parti bisness, parti orang-orang kaya yang pakai baju linen atau ada kereta Brabus.Orang-orang kampung yang daif miskin , golongan sederhana yang makan cukup bulan mungkin akan merasa segan untuk mendampingi UMNO kerana perbezaan antara dua darjat.

Namun kita berharap UMNO terus relevan untuk semua lapisan rakyat.Mana yang rosak diperbaiki dan mana buruk dibuang.Presiden Parti telah berkerja bersungguh-sungguh untuk mentranformasikan UMNO.Sahutlah cabaran itu untuk sama-sama menjaga parti orang melayu ini,parti yang banyak berjasa ini,parti yang membesar dengan sejarah ini dan parti yang lahir dari jerit tangis raja-raja,bangsawan,ulama,guru,nelayan dan petani ini kekal memerintah di Tanah air Malaysia buat selama-lamanya.