Sebagai persiapan perlaksanaan Program Juara Rakyat yang akan diadakan pada 14 dan 15.Mei.2010, pihak Penyeleras UMNO Dun Bukit Besi telah menggerakkan jentera untuk memberikan taklimat kepada kepimpinan parti di peringkat cawangan.Sessi taklimat berjalan serentak pada 28.April.2010 dan 29.April.2010 melibatkan semua cawangan dalam Dun Bukit Besi.Saya bersama En Anuar bin Abd Rahman telah ditugaskan memberi taklimat di Balai Raya Kg Panchor melibatkan cawangan Jerangau, Dendang , Lintang dan Padang Ping.Semua ketua cawangan, pengerusi JKKK , ketua pemuda , ketua wanita , ketua puteri dan ajk hadir.Kehadiran seramai 50 orang.
Pengisian Program Juara Rakyat yang akan bermula pada 13.Mei.2010 di mulakan dengan solat hajat di Masjid Kg Wau pada sebelam malam.Pada sebelah pagi 14.Mei.2010 diadakan gotong royong bersih kampung disemua cawangan.Pergerakan Wanita UMNO Dun Bukit Besi akan berkunjung kerumah warga miskin atau uzur untuk menyampaikan sumbangan hamper.Manakala pada sebelah petang, Pergerakan Pemuda UMNO Dun Bukit Besi akan mengadakan pertandingan Futsal dan Pergerakan Puteri UMNO Dun Bukit Besi akan mengadakan pertandingan Bola Jaring.Semua pertandingan di adakan di Balora AMBS.Pada sebelah malam bertempat di padang Balora AMBS juga akan diadakan Program Pelancaran Penubuhan RELA.Dijangkakan Ybhg Dato' Zaidun bin Asmuni ( Ketua Pengarah RELA Malaysia ) akan hadir menyempurnakan perasmian tersebut.Program akan diserikan dengan persembahan pentas oleh artis 60-an.
Pada 15.Mei.2010 program diteruskan lagi dengan acara pertandingan sukaneka.Manakala di Dewan Balora akan diadakan sambutan Hari Warga Pendidikan.Acara kemuncak disebelah petang ialah Penyampaian Geran Tanah/PPRT/Bekalan Bakul Makanan.YAB MB dijangka akan turut hadir menyempurnakan perasmian program tersebut.
Inilah UMNO JUARA RAKYAT....Saya melihat program ini melibatkan ahli akar umbi secara menyeluruh.Saya menjangkakan program ini akan meriah dan akan mendapat sambutan yang hebat dikalangan rakyat Dun Bukit Besi.Apa yang penting pemuafakatan kita sesama kepimpinan parti baik besar-kecil pangkat dan jawatan dalam parti mestilah menterjemahkan nilai kebersamaan dalam melaksanakan arahan dan tanggungjawab kepada parti.Secara peribadi saya teruja untuk bersungguh-sungguh membantu menjayakan program ini kerana sudah lama Dun Bukit Besi sepi dari mengadakan program yang melibatkan semua guna tenaga jentera parti.Disini menunjukkan UMNO Dun Bukit Besi sudah kembali semula ke landasannya sesuai dengan slogannya suatu ketika dahulu Bukit Besi Cemerlang.Jika ada pun firaun-firaun kecil dalam Dun Bukit Besi ini(memetik kata-kata Zulkifli Nordin), biarlah dia berlalu begitu saja dan mati dalam angan-angan.Ayuhlah seluruh rakyat Dun Bukit Besi kita jayakan PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT.

*************************************************************************************




29.04.2010 - Taklimat Program Juara Rakyat di Balai raya JKKK Kg Wa.Saya bersama En Anuar Abd Rahman(Timbalan Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Bukit Besi),Sdr Rosli Mohamad(Ketua APMT Dun Bukit Besi), Sdr Rosli Ghazali(Pegawai APMT), Ustaz Mat Jali dan Sdr Rosdi Ariffin(SUK Pemuda UMNO Bhg Dungun) telah hadir ke perjumpaan ini yang melibatkan cawangan Kg Wa, Kg Pinang Baru dan Ladang Pinang Emas.Respon dari ajk empat peringkat dari cawangan-cawangan ini amat menggalakkan dan menampakkan kesungguhan untuk merealisasikan program ini.
Rumusan hasil pemerhatian saya dan kawan-kawan yang telah sempat hadir di perjumpaan Penerangan Program Juara Rakyat ini memperlihatkan rakyat peringkat akar umbi didalam Dun Bukit Besi ini masih lagi memberi respon yang baik terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh UMNO.Kesetiaan kepada parti dan sifat sayangkan parti masih lagi menebal di hati rakyat.Semangat yang tinggi ini seharusnya menjadi contoh kepada umum biarpun kita dipanggil orang luar bandar, walaupun kita dipanggil orang ulu tetapi kita tahu menjaga dan mengurus parti, kita tahu menjaga perpaduan sesama ahli parti, kita tidak mengejar harta kekayaan, kita tidak mengejar pangkat dan darjat dan kita tahu mengucapkan terima kasih kepada parti yang telah banyak berjasa.Kita teruskan perjuangan demi masa depan sebuah bangsa ,negara dan agama.Semoga bumi bertuah ini terus mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
|
This entry was posted on 07:48 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On 28 April 2010 at 15:40 , anuarkms said...
This comment has been removed by the author.
 
On 28 April 2010 at 15:43 , anuarkms said...

Konsep Juara Rakyat DUN Bukit Besi ni baik kerana setiap Kampung secara langsung terlibat...

 
On 4 May 2010 at 23:01 , Unknown said...

owh...smart boh pakai baju melayu n songkok