Kata pepatah di alam politik "tiada kawan yang kekal dan tiada juga musuh yang kekal".Memang tepat dan benar pepatah itu kerana kawan dan lawan dalam politik akan mencari ruang dan peluang yang sama untuk bersaing antara satu sama lain.Politik itu satu medan perebutan kuasa , pangkat dan kedudukan yang tinggi.Politik juga merupakan satu permainan.Bila sebut permainan ianya perlukan strategi untuk menguasai pentas politik itu.Maka berlakulah tipu helah,putar memutar,fitnah memfitnah, cantas mencantas dan bermacam-macam kaedah dan cara untuk menjadi pemenang dalam perebutan itu.
Kata orang tua-tua " Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak".Begitulah juga di alam politik , jangan bermain politik jika tidak sanggup berhadapan dengan seribu macam dugaan, cabaran dan halangan.Sebagai aktivis politik yang telah melalui pelbagai proses kematangan , apa yang nak dihairankan dengan semua itu.
Cuma saya merasa pelik sedikit apabila ada jenis kawan yang kita bersama siang malam tiba-tiba saja menikam tanpa sempat kita bersedia.Ya lah nama lagi kawan baik , kalau dia bawak parang terselit di pinggang siapa menyangka dia mahu memenggal kepala kita.Mungkin terlintas di hati kita mungkin dia baru balik dari kebun.Tiba-tiba dia hulurkan parang dan menikam ke perut kita.Maka terburailah isi perut kita dengan titisan darah berlumuran.Alang-alang nak menikam biarlah sampai mati tetapi tuhan masih memanjangkan usia.Kata kawan-kawan itulah PULITIK.
Apabila kita kenal hati budi kawan seperti ini , siapa yang sanggup berkawan dengan dia lagi.Semua orang mula menjauhkan diri.Kerana apa? Kerana bimbang manalah tahu dia buat gila lagi , tikam orang itu dan orang ini.Semua orang mula berhati-hati dengan sidia ini, biarlah dia syok sendiri , biarlah dia berlagak sendiri , biarlah dia berangan-angan sendiri.Dia orang yang kemaruk kuasa melebihi dari kuasa ahli Yang Berhormat.Semua orang tunduk hormat pada dia.Pengerusi JKKK ke, Ketua Cawangan ke , APMT ke sila bongkokkan badan kalau nak tumpang lalu.Beradat sopanlah tanda hormat kepada seorang yang hebat dan popular.Kita yang tidak popular ini , duduk jauh-jauh kerana nanti dikatakan cuba menumpang populariti orang.
Itulah hebatnya kuasa politik tapi ingat kawan tuhan lebih berkuasa dari itu.Ingat tak tentera bergajah yang nak runtuhkan ka'abah, tuhan hanya utuskan burung ababil je.Burung yang jauh lebih kecil dari seekur gajah.Kenapa tuhan tidak utuskan binatang yang lebih besar dari gajah.Kerana nak malukan tentera bergajah yang hebat dan gagahnya di dunia ini tetapi dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil dan lemah.
Ingatlah dari mana kita datang dan ingatlah kawan-kawan yang selama ini bersusah payah menaikkan kita di tampuk kuasa.Jangan disampahkan kawan-kawan yang banyak berjasa bukan kepada kita sahaja malah jasa mereka juga kepada parti, agama dan bangsanya.Sekali kita menganiayai dan mengkhianati orang lain apatah lagi orang-orang yang tidak berdosa maka hati kita juga tidak akan tenteram kerana hidup atas kebinasaan orang lain.POLITIK oh PULITIK.
|
This entry was posted on 06:14 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
1 comments:
Betul kata Tun Mahathir , Melayu mudah lupa , kerja politik kerja cara ramai - ramai , kejayaan juga hasil ramai - ramai , kalau seorang diri tak dapat berbuat apa-apa pun ..
Kalau terlalu sangat pentingkan diri sendiri.. sahabat akan lari, teman akan pergi .. Bukan kita yg berhak menilai diri kita ....