Sebagaimana arahan Majlis Tertinggi UMNO menetapkan Mesyuarat Cawangan di adakan pada1 Mei - 15 Jun 2010.Maka dengan itu setiap cawangan mesti mengadakan mesyuarat.Namun kita bersyukur kerana ketua UMNO 4 peringkat di setiap cawangan mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.Sekurang-kurangnya mesyuarat seperti ini menjadi wadah perbincangan terbaik bagi ahli-ahli cawangan menyampaikan pandangan atau merungkaikan sebarang permasalahan.
Didalam parti kita selalu bertemu dengan jagoan yang hanya pandai mengkritik orang lain dengan hebat sekali.Dari soal atap biru, rumah PPRT, bantuan baju sekolah, wang ehsan atau apa-apalah yang berkait dengan bantuan.Melenting marahlah jagoan ini kalau bantuan itu tidak diberi kepada beliau.Memang ini jenis UMNO Murtad atau UMNO Celup yang roh perjuangannya dah jadi nafsu hantu.Ketua UMNO Cawangan atau Pengerusi JKKK kenalah sumpah seranah atau maki hamun dalam mesyuarat UMNO cawangan.Biasanya dalam ucapan penangguhan Ketua UMNO Cawangan kena bedal.Merah berdarah, tercalar balarlah jasad mulia seorang Ketua UMNO Cawangan yang sudah banyak jasanya kepada kemajuan kampung.
Hari ini saya sempat menghadiri dua mesyuarat UMNO cawangan.Dalam fikiran saya sedikit merasa pelik kerana dalam mesyuarat UMNO cawangan perkara yang diusulkan ialah berkisar projek pembangunan kampung, jadi tempat luahan tidak puashati bab bantuan dan jadi gelanggang cari salah orang itu dan ini.Yang cakap pandai tapi otak simpan dalam peti sejuk itu sebenarnya tidak tinggal dalam kampung.Balik semata-mata nak hadiri mesyuarat UMNO Cawangan.Semangat tu kira baguslah tapi kalau hadir hanya untuk memberi masalah kepada perjalanan mesyuarat."Lebih baik mum doksoh balaik awang, wat nyusoh urang kapong jee, urang kapong dok suke mum cakap mecok manah dok reti base gitu"..he he
Yang saya rasa pelik tu, tiada sepatah perkataan pun yang hinggap didaun telinga saya, ada ahli parti membincangkan hal-hal parti , bagaimana mencari kaedah perkuatkan parti,bagaimana nak menambahkan ahli-ahli baru, bagaimana nak buat aktiviti yang boleh memberi impak yang baik kepada parti.TIADA TIADA ku dengari ahli-ahli parti membincangkan soal itu.Dahlah nak tunggu cukup korum , berpeluh ketiak jenuh menunggu.Dalam fikiran saya, rupanya yang ramai mengaku orang UMNO dan yang masuk UMNO ni sebenarnya kerana atap biru, kerana rumah PPRT,kerana bantuan wang ehsan dan macam-macam bantuan lagilah.Persoalan di benak saya..apa akan jadi dengan UMNO jika tanpa bantuan-bantuan ini???Sampai bila kita harus menjadi bangsa subsidi dan bangsa yang harus diberi tongkat.
Saya akui memang tanggungjawab parti dan kerajaan memberi bantuan dan manghulurkan kebajikan kepada rakyat.Tetapi rakyat yang macamana???Apakah rakyat yang dapat rumah PPRT kemudiannya disewakan kepada orang lain atau rakyat yang dapat atap biru kemudian dibuat reban ayam..he he he kelakarlah kalau pesen begini mentaliti ahli UMNO kita.Kelakar-kelakar jugak tapi itu petanda yang tidak baik kepada parti kerana kurangnya ahli yang berkualiti.Jika kita balik kepada sejarah, kita lihat bagaimana pemimpin dahulu dan ahli-ahli parti dahulu berjuang.Sanggup berhabisan duit ringgit, sanggup berhabisan harta emas dan sanggup mengorbankan jasad dan nyawa semata-mata untuk menuntut kemerdekaan dan memperjuangkan bangsa dan negara ini.Sumbangan mereka cukup hebat dan hasil keberkatan perjuangan merekalah maka kita yang ada pada hari ini mendapat semua nikmat itu.Apakah bangsa kita kini bergerak menjadi lebih mundur dari sebelumnya kerana bangsa kita sebelum ini adalah bangsa yang hebat.Pelik tapi ada kebenaranya.Suatu masa dahulu bangsa kita adalah ahli pelayaran yang hebat, bangsa kita mempunyai kuasa menakluk seluruh rumpun melayu bernama kerajaan Malaka, dan bangsa kita merupakan ahli perdagangan.Dulu pasukan bolasepak negara kita cukup hebat di Asia sehingga pernah layak ke olimpik.Hari ini apa jadi???Tak salah kalau saya katakan bangsa kita makin mundur walaupun negara kita makin maju.Kemajuan itu tidak seiring dengan mentaliti bangsa kita yang ingin mendapat sesuatu yang mudah tanpa berusaha.
UMNO perlu memainkan peranan mengubah minda bangsa kita supaya menjadi bangsa yang bijaksana , bangsa yang gigih berusaha untuk maju dan bangsa yang tahu mengambil peluang hasil kemewahan negara kita.Dulu orang-orang cina dan India merupakan kaum merepat di negara mereka dan datang ke Tanah Melayu untuk berkerja sebagai buruh lombong bjih timah dan petani diladang getah.Kita mejadi tawkey dan tuan kepada kaum pencacai ini.Kerana keasyikan terbuai dengan title tuan kepada Tanah Melayu ini, maka kita hanyut dan tertidur.Bila kita tersedar,rupanya bangsa pencacai ini telah meninggalkan kita lebih jauh maju dari kita.Mereka mengusasai ekonomi dan mereka juga menguasai ilmu hasil kerja kuat mereka ketika kita lena tertidur di kerusi malas.Mereka tahu asal usul mereka bangsa pendatang yang tarafnya samalah seperti pada hari ini dengan pendatang indonesia,Bangla atau Myanmmar yang berbondong-bondong datang ke negara kita.
Hari ini bangsa pencacai ini telah sombong dan angkuh.Mereka telah berani mencabar hak-hak istimewa kita orang melayu, mereka biadap kepada raja-raja yang kita sanjung dan sembah sejak berzaman dahulu lagi dan mereka tidak menghormati prinsip perlembagaan yang kita garapkan bersama sebaik sahaja kita bebas merdeka dari penjajahan British.
Melalui mesyuarat cawangan UMNO yang masih berjalan di harap menjadi platform kita merenung dan berbincang bagaimana untuk kita perkukuhkan bangsa kita.Eratkan perpaduan dan kukuhkan muafakat sesama kita dan berjuanglah tanpa melihat kepada imbuhan dan bantuan tetapi perjuangan kita adalah kerana Allah, kerana bangsa, kerana agama, kerana masa depan anak cucu kita.
|
This entry was posted on 06:55 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
2 comments:
mengkritik mmg senang.....apa2x pom...kita rancangkan dulu...Allah akan menentukan...yg penting kita telah berusaha....mmg susah dan amat sukar untuk memuaskan hati semua orang....lihatlah negara kita...aman damai...orang luar sibuk datang ke negara kita..tapi rakyat sendiri masih lagi mengutuk kerajaan sendiri...nauzubillah...berjuanglah dengan seiklas hati dem agama,bangsa dan negara....warisilah anak2x cucu kita negara yg harmoni...
mmg negara aman damai...tp bnyk hak rakyat yg dinafikan terutama yg memihak pada pembangkang..tidakkah mereka juga adalah rakyat??
aku tertarik dgn ayat "berjuanglah dgn seikhlas hati demi agama,bangsa dan negara"..sejauh mana kebenarannya??
(dr ank kg dendang)