ADUHAI ……NASIBMU ANAK BUKIT BESI
06:26 | Author: Salam


BILA musim cuti sekolah begini , biasanya saya mempunyai banyak masa kerana bebanan tugas sebagai guru terhenti buat seketika.Lega dan lapangnya minda ini kerana boleh bebas bergerak kemana sahaja tanpa terikat dengan tugas-tugas hakiki sebagai penjawat awam.Namun begitu kesibukan dengan tugas-tugas politik tetap berjalan seperti biasa.Kerana minat , kerana tanggungjawab , kerana amanah perjuangan , ianya mendarah mendaging dalam tubuh ini dan pengorbanan ini tak dipersoalkan lagi.Harapnya tuhan memberi anugerah bermakna diakhirat kelak biarpun didunia ini perngorbanan ini tidak terbalas dengan anugerah berjuta ringgit.



Saya berkesempatan ke Tasik Puteri Bukit Besi yang suatu ketika dahulu ketika remaja merupakan lokasi paling popular untuk lepak-lepak bersama kawan-kawan.Dahulunya tak banyak kemudahan, hanya tempat mandi-manda , itu pun ditemani kera monyet dihutan sekelingnya.Hari ini Tasik Puteri sudah cantik , tempat mandinya pun selamat , tandas awam pun bersih dan gerai makan pun baik.Panorama indah Tasik Puteri Bukit Besi tetap menawan seperti dahulu.Dahulu kita tidak panggil Tasik Puteri , tapi orang panggil “Tasik” atau “Bendung”.Sekarang ni je orang panggil dengan Tasik Puteri , entah Puteri mana ada dalam tasik tu tak tahulah.Yang pastinya bukan Puteri UMNO..he he he

Saya bukan nak bercerita tentang Tasik Puteri Bukit Besi , jauh sekali dari bercerita tentang “Skandal Tasik” he he he ( hanya mereka yang tahu sahaja ) , tapi saya mahu paparkan perihal susah senang cari makan anak Bukit Besi , tentang penindasan dan ketidakadilan.Saya singgah dikedai makan Roslan Taib untuk bertanya khabar beliau sebagai sahabat , sebagai abang kepada kawan saya Jasme Taib , sebagai bekas jiran keluarga saya di Berek Padang Lalang dan sebagai anak arwah Pok Su Yed yang merupakan kawan baik arwah ayah saya.Bertanya khabar tentang apa ? tentang bagaimana musibbah yang bertimpa-timpa kepada beliau.Beliau sempat menunjukkan kepada saya surat daripada KETENGAH untuk menyita kedai beliau , kedai tempat beliau mencari makan serial samah untuk menampung kehidupan.Tindakan menyita atas alasan sewa kedai telah tertunggak bayarannya.Jika atas alasan sewa tertunggak , mengapa kedai disebelah kedai Roslan tidak disita sama kerana difahamkan tuanpunya kedai tersebut juga tidak membayar sewa.Pelik tapi ianya benar.Kos sewa bulanan kedai diceruk Tasik Puteri ini sebanyak RM 200 sebulan.Tidakkkah sewa ini terlalu mahal berbanding sewa kedai di Lay-Bay Bukit Besi yang lebih strategik dari segi perniagaanya hanya RM 50.Tasik Puteri bukanlah seperti tempat pelancongan tersohor yang mengundang pengunjung jutaan orang , jika dibandingkan dengan Chemerong pun jauh macam langit dengan bumi.Apa yang hebat sangat Tasik Puteri ??Cuba jawab sikit…Hebat dengan padang Golf???.. berapa kerat orang kampung main golf atau menikmati hasil dari padang golf yang ada , atau berapa ribu pelancong datang ke Tasik Bukit Besi untuk melihat tournament golf. Golfer-golfer pun tidak makan dikedai Roslan , apa kelas untuk makan di kedai tepi jalan begini bagi golfer-golfer yang banyak duit , ada pangkat, ada darjat dan kedudukan tinggi.Pengunjung ke kedai Roslan hanya anak tempatan , pekerja-pekerja binaan Uitm dan sekerat dua pengunjung yang datang beriadah.YANG HEBAT , YANG TETAP DIKENANG dan YANG AKAN DIINGATI ialah jutaan ringgit diselewengkan angkara Projek Taman Orkid yang tak menjadi.Dengar cerita dari kes Taman Orkid timbul pulak Projek Serai Wangi di Batu 1 (berhampiran kawasan perlombongan bijih besi) , tapi sebatang serai pun tidak ditanam tapi yang digondolkan hutan belantara disitu untuk diambil kayu balak.Inilah penyakit kebodohan mengurus , kecuaian birokrasi yang menyusahkan rakyat dan membuat sesuatu bukan memikirkan prospek kepentingan atau keuntungan kepada masyarakat sekeliling.Yang untung adalah mereka yang tahu mengambil peluang atas kebisuan suara anak-anak Bukit Besi.



Penempatan generasi kedua di Bandar Bukit Besi menjadi perjuangan angan-angan bagi anak-anak Bukit Besi malah turut melibatkan anak-anak Kg Besol.Generasi kedua yang kian membiak bertambah entah dimana untuk berteduh.Apatah untuk memohon sebidang tanah yang sekian lama tuntutan sebegini tidak dilayan, samada tuntutan ini datangnya dari JKKK , Belia , Pemuda atau individu.Rumah untuk disewa pun tiada di Bandar Bukit Besi.Maka hendak tak hendak dalam sebuah rumah bercampur dua tiga buah keluarga , manakala rumah yang sempit akhirnya mengundang masalah sosial.KETENGAH melalui KETENGAH HOLDINGS baru-baru ini telah memulakan projek pembinaan rumah baru.Tahniahlah kerana membuat pembinaan penempatan baru , tetapi mengapa dibina dicelah-celah rumah orang , tanah sekangkang kera , dicelah-celah tebing bukit sedangkan tanah rezab dalam kawasan Bukit Besi ini berlambak-lambak.Tidakkah terfikir dalam kepala perancang projek ini , ianya akan memburukkan landskap Bandar Bukit Besi itu sendiri.Akibat kebodohan inilah , maka Roslan Taib menjadi mangsa kerana sebahagian garaj basikal yang beliau bina terletak dalam tanah yang direzabkan untuk pembinaan rumah-rumah tersebut.Maka dengan kekuasaan yang ada pada KETENGAH mengarahkan merobohkan binaan yang ada , samalah seperti LIM GUANG ENG lakukan di Pulau Pinang di Kg Buah Pala atau lebih hebat lagi sebagaimana Yahudi Israel runtuhkan penempatan Palestin.Dimana budi bicara tuan-tuan?????Saya menulis ini bukan kerana membela Roslan Taib, tetapi atas diri siapa pun jika diperlakukan seperti anjing sebegini , mereka harus mendapat pembelaan tanpa kita perlu fikirkan samada kita bersamaan ideologi politik atau pun tidak.Dengan meruntuhkan garaj basikal Roslan dan menyita kedai Roslan , apakah penduduk Bandar Bukit Besi mendapat nikmat??apakah melimpah ruah pengunjung hadir ke Tasik Puteri Bukit Besi atau Bukit Besi akan menjadi terkenal semula seperti zaman kegemilangan bijih besi.



TIDAK TIDAK sama sekali , yang jelasnya anak-anak Bukit Besi terus diperbodohkan.Rumah-rumah yang kini dibina oleh KETENGAH HOLDINGS sudah pastinya tidak mampu di miliki oleh anak-anak Bukit Besi jika harga jualannya ratusan ribu ringgit Malaysia.Pendapatan mereka yang umpama kais pagi makan pagi , yang bergantung harap kepada Kilang Papan PESAKA atau bekerja sebagai buruh-buruh kontrak pastinya hanya berangan-angan untuk memiliki rumah tersebut.Yang pastinya Bukit Besi tetap mundur , biarpun dinamakan Bandar Bukit Besi , nama sebuah Bandar yang jika diketahui orang begini rupa dan keadaanya mungkin ada yang termuntah terberak…he he he.Kebarangkalian apabila Uitm siap dibina mungkin akan ada sedikit perubahan.Itu pun rakyat Bukit Besi harus berterima kasih kepada YBhg Datuk Dr Rosli bin Mat Hassan (ketika itu ahli Parlimen dan Pengerusi Yayasan MARA) yang berusaha mendapatkan Uitm dibina di Dungun dan akhirnya dipersetujui dibina di Bukit Besi sebagai kampus kedua.Oleh itu kepada hero-hero bangsawan yang lain , janganlah mengada-ngada mengaku sebagai hero yang membawa Uitm kesini.(he he he ).


Bercerita tentang musibbah Roslan Taib , ianya baru sebahagian kecil dari pekung ketidakadilan yang ingin saya lontarkan untuk kita sama-sama renungi.Itu belum berbicara pasal dendam politik , persaingan pengaruh , mengkronikan Bukit Besi, soal mencantas anak-anak Bukit Besi yang dilihat ada kelebihan dan macam-macam lagi lah.Berbicara pun tiada gunanya soal itu , makin diheret ianya akan memburukkan keadaan kerana saya menulis bukan untuk mencari keburukan tetapi untuk menyedarkan.Jika UMNO mahu menang Pru ke 13 , UMNO harus sensitif kepada keluh resah rakyat , agensi-agensi kerajaan yang menjadi jambatan kepada rakyat harus terlebih dahulu perlu merasai denyut nadi rakyat.Jika ada pegawai-pegawai kerajaan samada yang berkhidmat di KETENGAH atau agensi-agensi lain yang merasakan tidak selesa dengan kerajaan UMNO/BN , bolehlah angkat kaki kerana khidmat tuan-tuan pastinya menyusahkan pihak rakyat dan kerajaan.Sebagai pemimpin yang memegang kuasa , berlaku adillah dan berilah pembelaan kepada mereka-mereka yang teraniaya, apatah lagi mereka yang pernah berjasa kepada parti ketika mengundi BN dalam piliharaya ke-12 , mereka juga berjasa meletakkan kita sebagai pemimpin UMNO di Dungun ini.
|
This entry was posted on 06:26 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On 28 November 2010 at 01:05 , Anonymous said...

slm...walaupn kwn dop skng umno tp kwn skng ape hok deme wat...

 
On 22 February 2011 at 05:24 , Anonymous said...

umno dah nak tumbang....ketuanan melayu ape kebenda? ketuanan islam baru lah betul...
kalau TGNA sesat,kenapa x tangkap je? mcm AL-ARQAM,AL-MAUNAH...ilmu ko tinggi sgt ke nk hukum org sesat??