PEMUKIMAN UMNO BAHAGIAN DUNGUN
23:18 | Author: Salam


Syukur kehadrat Allah SWT, pada 20 dan 21 November 2010 UMNO Bahagian Dungun telah berjaya mengadakan Pemukiman UMNO Bahagian Dungun bertempat di Primula Beach Resort , Kuala Terengganu.Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Haji Rosli bin Mat Hassan (Ketua UMNO Bahagian Dungun) yang telah mengilhamkan pandangan supaya program pemukiman ini diadakan sesuai dengan persediaan menghadapi pru ke 13.Pemukiman ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Putra bin Tengku Awang , Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.



Pemukiman bermaksud kita berkampung buat seketika sebagai satu keluarga besar dalam UMNO Bahagian Dungun yang terdiri dari ajk 4 peringkat Wanita , Pemuda dan juga Puteri yang merupakan pemimpin tertinggi di Bahagian Dungun yang bertanggungjawab menggerakkan jentera parti dalam pilihanraya yang akan datang.Dibahu mereka tergalas cabaran untuk menentukan perjuangan membela maruah agama ,bangsa, negara dan parti keramat UMNO terus kekal dibumi Malaysia ini.

Pemukiman ini diharapkan dapat menggerakkan pemikiran pemimpin-pemimpin parti kearah satu matlamat, satu tujuan yang sebenar-benarnya dalam perjuangan.Jangan ada lagi pemimpin-pemimpin yang hipokrit yang lebih mementingkan survival politik sendiri daripada berjuang mempertahankan survival bangsa melayu, mempertahankan maruah parti dan mempertahankan kuasa yang kita miliki.Oleh itu sedar dan insaflah sesungguhnya perbalahan dan perpecahan adalah merugikan.

Kesungguhan YBhg Datuk Dr Hj Rosli bin Mat Hassan untuk melihat UMNO terus kuat dan menyatukan ajk parti agar bekerja untuk memastikan Dungun terus dibawah penguasaan UMNO/BN harus dipuji dan disokong.Pemukiman ini harus dijadikan platform untuk mencari kaedah-kaedah baru bagaimana untuk menarik lebih sokongan kepada parti terutama golongan muda yang merupakan aset yang besar kepada parti.Pemimpin-pemimpin parti 4 peringkat seharusnya kembali kepada kerja-kerja mutlak seperti menambahkan daftar keahlian dan daftar pemilih.Selepas tsunami politik PRU ke 12, kerja-kerja politik dilihat agak kelam dan kurang bermaya , ditambah pula dengan adanya pemilihan parti selepas itu dimana pihak yang kalah tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan akhirnya berlakulah komplot-komplot untuk tidak berkerjasama dalam aktiviti-aktiviti parti yang dianjurkan oleh pemimpin yang menerajui kepimpinan.

Kini sampailah masanya untuk kita kembali fokus kepada perjuangan.Sebagaiamana plan tindakan portfolio pilihanraya yang dibincangkan dalam program pemukiman ini , ianya harus menjadi kerangka kerja atau blueprint kepada UMNO Bahagian Dungun.J/kuasa pilihanraya harus dibentuk dengan segera agar kerja-kerja pilihanraya dapat diaplikasikan mengikut portfolio yang dibentuk.Ianya untuk memastikan UMNO Bahagian Dungun terus bersiap siaga jika pilihanraya berlaku dalam masa yang terdekat.




Pemuda merupakan front liner dalam parti yang menjadi teras kekuatan atas keperkasaan kepumudaannya itu.Pemuda harus dilihat sebagai pemimpin complimentary bukannya dipandang sebelah mata atau dianggap pesaing yang mesti dikelabukan bakat kepimpinan mereka.Pemuda perlu mendapat bimbingan , tunjukajar dan ditunjukkan model perjuangan yang betul kerana mereka adalah pelapis untuk memimpin UMNO di masa akan datang.Berilah mereka peluang untuk menimba pengalaman mengendalikan parti ini agar pengalaman ini dapat diterjemahkan dalam kepimpinan.Jangan menganggap mereka sebagai lashkar gurkha yang hanya diperlukan ketika berperang tetapi idea dan pandangan orang muda perlu diambilkira untuk disesuaikan dengan citarasa dan kehendak orang muda masa kini.

Secara peribadi saya melihat pemukiman ini amat berjaya walaupun tidak seratus peratus ajk 4 peringkat dapat hadir.Sekurang-kurangnya ia merupakan titik permulaan untuk UMNO Bahagian untuk bergerak lebih jauh.Kerja-kerja parti adalah kerja sukarela dan pemimpin-pemimpin yang sudah hilang komitmen kepada parti harus dilupakan sahaja.Biarlah mereka bahagia dengan dunia mereka dan biarlah mereka jawab kepada tuhan mengapa mereka tidak tunaikan tanggungjawab yang telah dimanahkan dan biarlah mereka menanggung dosa kerana mungkir janji kepada ahli parti yang telah memilih mereka ketika pemilihan parti.Kita tidak perlu menunggu ,memujuk , merayu atau berharap kepada pemimpin-pemimpin seperti ini.UMNO Dungun perlu terus bergerak bersama dengan pemmpin-pemimpin yang terus setia , yang kental roh perjuangannya , yang sanggup berkorban harta dan nyawa.

Diharapkan program pemukiman ini harus dipanjangkan kepada pemukiman yang lebih besar melibatkan pemimpin akar umbi diperingkat DUN dan Cawangan.Tahniah kepada saudara Roslee Daud ( Setiausaha UMNO Bahagian Dungun)selaku pengarah Pemukiman kerana berjaya mengendalikan pemukiman ini dengan baik.Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa 4 Peringkat yang hadir dan terus memberi komitment.
|
This entry was posted on 23:18 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: