Salam Adil Adha buat semua umat Islam samada yang mengenali atau yang belum mengenali.Diharap semuanya mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini kerana kesuntukan masa dan dihimpit kesibukan kerja-kerja lain yang mengganggu konsentrasi untuk menulis.Idea tak menjelma jika terlalu sibuk dengan tugasan lain dan menulis perlukan fokus supaya pembaca dapat memahami apa cerita yang ingin disampaikan.Insyaallah selepas ini mungkin kita dapat kongsikan cerita-cerita menarik untuk dipaparkan diblog ini.

Setiap tahun umat islam akan menyambut dua perayaan besar iaitu Hari Raya Adil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Pada tahun ini perayaan Aidil Adha disambut meriah diseluruh negara pada 10 Zulhijjah 1431 atau bersamaan dengan 17 November 2010.Alhamdullilah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana terus merahmati negara kita dengan payung keamanan dan kesajahteraan tanpa malapetaka , perang , persengketaan , hura hara , kebuluran dan lain-lain musibah.Maka dengan itu bersyukurlah kita kerana dapat menyambut hari raya Aidil Adha ini dalam keadaan yang sempurna.

Apabila berbicara soal Aidil Adha, penghayatan yang perlu kita lihat ialah konsep pengorbanan sebagaimana Nabi Ibrahim A.S diperintahkan oleh ALLAH supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail A.S.Betapa berat dan tidak tertanggungnya perintah ALLAH itu untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim A.S.Namun perintah ALLAH mesti dilaksanakan walaupun akhirnya dengan hikmah ALLAH , Nabi Ismail A.S ditukarkan dengan seekur biri-biri untuk dijadikan korban.Apa yang perlu dilihat disini ialah nilai pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menurut perintah ALLAH dan juga Nabi Ismail A.S yang juga sanggup berkorban dirinya kerana ALLAH.

Nilai pengorbanan inilah yang perlu kita jadikan contoh dan panduan sebagai umat islam , sebagai rakyat , sebagai pemimpin , sebagai pengikut atau sebagai apa pun dalam kehidupan kita.Pengorbanan perlu dizahirkan sebagai tanggungjawab iaitu tanggungjawab diri kita kepada agama , bangsa dan negara kita ini.Wujudnya negara Malaysia tercinta ini juga atas susah payah pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.Dalam lipatan sejarah nama-nama seperti Datuk Bahaman , Mat Kilau , Hj Abdul Rahman Limbung , Dol Said , Tok Janggut , Rentap dan ramai lagi yang telah berkorban atas nama perjuangan mempertahankan bumi dan tanahair ini.Begitu juga dengan nama-nama pemimpin seperti Dato Onn Jaafar , Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj yang menggerakkan usaha-usaha menuntut kemerdekaan.

Saya bukan mengajak pembaca berbicara pasal sejarah tetapi untuk membandingkan pengorbanan kita hari ini kepada negara berbanding dengan pejuang-pejuang terdahulu.Jika kita sebagai rakyat pengorbanan kita adalah terus taat setia kepada negara ini dan menyokong usaha-usaha murni kerajaan membina dan memajukan negara ini.

Jika kita sebagai pemimpin , berkorbanlah untuk rakyat.Yang penting adalah perjuangan survival bangsa bukannya survival diri sendiri.Buatlah renungan supaya kita tidak menjadi Pak Kadok , menang sorak kampung tergadai.SALAM AIDIL ADHA DARI CUMATA.
|
This entry was posted on 04:54 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: